Adooooihai.. tetibe aku lak yang hot ngan ISU AMAH atau Pembantu Rumah Indonesia March 2012.
Aku tak pernah bercita-cita nak ambil maid ni. Setakat anak seorang.. Memang tak perlulah kan. Tapi isu AMAH Malaysia-indonesia ni mencuit hati ku untuk bersuara. Hello Indonesia.. Gaji pemegang DIPLOMA di Malaysia antara RM600 – RM800 ikut course.
Kalau AMAH minta Basic RM600-RM800 dengan satu tugas. Tugas tambahan GAJI tambahan, Cuti Weekend.. Harharhar.. Satu tugas dengan satu gaji minimum bagi aku ADALAH SANGAT TIDAK MUNASABAH.. BODOH OKEY..!! JAWAPAN KAMI..!! TIDAK WAJAR.
APAKAH DENGAN KURSUS 200 JAM (8 jam sehari/200 = 25 hari) sudah MENCUKUPI untuk memberi hak yang tinggi kepada mereka. Diaorg tu ade DIPLOMA ker..? Kursus tersebut boleh menjadikan mereka seorang yang baik hati dan jujur kepada majikan ke? Tidak marah anak majikan dan amanah kepada kerja mereka ke? Adooooihai INDONESIA.. Inilah kesannya bila kita terlalu bergantung kepada mereka.
PADA PENDAPAT AKU.. Kalau mereka belajar selama 3 tahun, setaraf DIPLOMA DI MALAYSIA mungkin permintaan tersebut boleh di ambilkira. Ini setakat kursus selama 25 hari, mereka menuntut hak mereka melebihi pelajar-pelajar diploma di Malaysia. Lebih baik pelajar-pelajar DIPLOMA Malaysia diberi peluang menjadi pembantu rumah. Bukan susah pon, setakat mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, basuh baju dan yang paling diharapkan majikan adalah mengambil perhatian memerhatikan anak-anak mereka ketika majikan keluar bekerja. Sewa Rumah PERCUMA, Makan PERCUMA, banyak MASA kot.
Alternatif lain majikan boleh offer kepada pelajar Malaysia dengan NAMA JAWATAN YANG LEBIH GLAMOR contohnya JAWATAN PEMBANTU KELUARGA/FAMILY ASSISTANT. Bayar KWSP 11%.. Apalah sangat setakat membayar KWSP.
1st ~ Kos RM8,000 dapat di jimatkan, kerana TIDAK PERLU MENGUPAH AGENT MENDAPATKAN PEMBANTU RUMAH.
2nd ~ TIDAK PERLU KELUAR DUIT DARI MALAYSIA ke INDONESIA/ THAILAND/ KEMBOJA
3rd ~ Memberi pendapatan kepada Negara melalui KWSP
4th ~ Pelajar-pelajar juga dapat melatih diri menjadi suri rumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak.
5th ~ Beri peluang pekerjaan kepada warga negara Malaysia tanpa perlu mengharapkan warga asing.
6th ~ Dah tentu tentu tiada pengangguran.
my own opinion lah yerrrr..... suke hati korg lah nak suke ke tak.. ;)
No comments:
Post a Comment