Thursday, July 8, 2010

Malaysia..MALAYSIA..!

Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/07/08

Penggiat sektor pendidikan rayu kementerian kaji mendalam

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.

Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.

Seorang perunding pendidikan yang terbabit dalam rangkaian perniagaan menyediakan khidmat tutor dan menguruskan pendaftaran lesen bagi pusat tuisyen, mengakui kebimbangan memang ketara sedang melanda industri berkaitan berikutan cadangan kementerian untuk memansuhkan UPSR serta PMR.

Perniagaan dalam industri pendidikan ini adalah amat besar dan saling berangkai dengan membabitkan banyak pihak. Cadangan itu bukan saja akan memberi kesan terhadap pihak syarikat, tutor dan guru, malah rezeki penulis buku ulang kaji atau soalan latihan bagi peperiksaan berkenaan juga terjejas.

Bagaimana pula dengan timbunan stok buku ulang kaji UPSR dan PMR yang sedia ada dalam pasaran sekiranya cadangan itu dilaksanakan serta-merta atau dalam waktu terdekat?

Justeru, kami selaku penggiat dalam sektor industri ini amat berharap supaya semua pihak yang menyertai perbincangan meja bulat diadakan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi, akan meneliti dan menimbang secara mendalam dari setiap aspek sebelum menetapkan sebarang keputusan muktamad, kata perunding itu yang enggan namanya didedahkan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Berikutan itu, kementerian akan mengadakan rundingan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan di mana rumusannya akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, awal bulan depan.

Laporan akhbar Oktober lalu memetik Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sebagai berkata, seramai 202,327 pelajar mengikuti tuisyen untuk UPSR, PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 2,487 pusat tuisyen berdaftar pada 2008.

Seterusnya, perunding itu mendakwa, ramai ibu bapa yang berjumpa dengannya turut membantah cadangan berkenaan kerana menyifatkan dua peperiksaan awam terbabit secara tidak langsung berperanan mendidik sikap anak mereka untuk lebih berdisiplin dan bekerja keras dalam pembelajaran demi mencapai kecemerlangan.

Tambahan pula, sistem pendidikan negara sudah terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi selama ini, malah sebilangan daripadanya sudah pun menjadi tokoh atau pemimpin disegani dalam sektor masing-masing, katanya. Copy from Library BERITA HARIAN

salam.

Apa alasan sebenar di sebalik keputusan persoalan ini..?

1. murid2 kat MALAYSIA ni dah pandai2 ke? or
2. kerajaan nak jimatkan kos PERBELANJAAN PENYEDIAAN PEPERIKSAAN?

aku sangat musykil.

If nk jumatkan kos. TAK PERLU LAH BINA BANGUNAN BERTARAF DUNIA yang rakyat langsung tidak berpeluang menggunakkannya, dan terpaksa mengambil hak ANAK-ANAK PEJUANG BANGSA depan.

yang paling KECEWA setiap kali tukar MENTERI MESTI NK TUKAR ITU INI.. bukan je CIKGU PENING, MURID pon pening. Dan lagi 1 yg perlu di ingatkan kepada BAPAK2 DI JABATAN PERDANA MENTERI. MURID sekarang lagi suka belajar di PUSAT TUISYEN dari belajar di sekolah. BUKAN SEBAB CIKGU TAK PANDAI MENGAJAR. Tetapi cikgu TAK SEMPAT NK BERI PERHATIAN 1-1, dengan masa 30-45minit 1subjek sehari, dengan jumlah pelajar 35-45org 1kelas. BILA MASA NK BAGI NOTA, BILA MASA NAK SOAL SORANG2...? lebih kurang 1MINIT=1PELAJAR. Mari turun jadi pengajar.. Baru tahu..! Murid sekarang sangat berbeza dengan murid dulu..! Murid skrg terlalu mua, rotan tak boleh, jeling pon tak boleh..So mereka terpaksa nak tak nak pergi PUSAT TUISYEN kalau malas study sendiri.

-suara aku- bukan ke Malaysia negara DEMOKRASI, rakyat berhak berSUARA..?

hahaha.. Berita harian tak suke komen aku.. 1Malaysia tak bagi kot. Kene tapis daa..

Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. Ada aku kisah..!

No comments: