Wednesday, July 28, 2010

Sempoi Gile

Aku dilahirkan dari keluarga yang VERY SEMPOI.
Mak aku sangat sempoi.. sempoi dari segala hal.
Arwah abah pon very simple.
Tak de TAK BOLEH ITU, TAK BOLEH INI.
SEMUA BOLEH je..
Kalau dulu nak pegi sekolah tak pe. Tak mau gi sekolah pon tak pe.

TAPI aku MEMILIH untuk pergi sekolah tanpa PONTENG.

Aku nak jadi AKU, dan nak buktikan yang walaupon mak N abah aku sangat SEMPOI.
Aku boleh menjadi manusia berguna dan menjadi contoh pada adik2ku yang ramai.
huhu..ramailahkan if adik je ada 7 orang.

mungkinkah sebab aku perempuan..?
aku boleh berfikir begitu jauh..?
ataupon sebab aku je yang FIKIR..?

maaf yer..
aku TAK PERNAH BERANGAN untuk menjadi itu mahu pon ini.
cuma aku fikir.. APA YANG PERLU AKU JADI.

aku suka BUAT APA YANG AKU SUKA.

kalau zaman sekolah-sekolah dulu kawan2 tengok aku seorang yang lemah lembut..
ala-ala pemalu konon
tapi bila dah masuk u dan
dah kerja yang 80% nya adalah lelaki..
aku totally change..
wahahaha...wakakaka..

dan aku bersyukur sebab aku adalah aku.

PENGALAMAN MEMANG MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN

dan yang paling penting di sini..

WALAU BAGAIMANA BAIK dan SEMPURNA PUN IBU BAPA MEMBERI KITA DIDIKAN dan PEDOMAN..
bagi aku SESUNGGUHnya kita yang MAMPU MERUBAH SEMUA ITU.

KITA YANG MEMILIH JALAN HIDUP KITA.

sebab

SEMUA KEPUTUSAN ADALAH DARI TINDAKAN KITA YANG DULU2.

so ADIK-ADIK sekalian.. berfikirlah UNTUK HARI DEPAN MU..

sebab

HARI DEPAN MU ADALAH UNTUK DIRI MU SENDIRI..

BUKAN untuk IBU BAPAmu

BUKAN untuk KAWAN2mu

dan mereka AKAN LEBIH BAHAGIA BILA KAMU BERJAYA.

Tuah Manusia

Setiap kita yang di lahirkan ada kelebihan tersendiri.

Ada yang bahagia diawalnya, tapi kecewa diakhirnya,

Ada yang kecewa diawalnya, tapi bahagia diakhirnya.

Maha Pencipta kita sangat adil.

Ada yang dilahirkan dari keluarga yang bahagia,
tapi derita bila ada keluarga sendiri,

Ada yang dilahirkan bukan dari keluarga yang bahagia,
tapi bahagia bila ada keluarga sendiri.

Kita yang mencipta suasana itu.
Bukan Orang Lain
Bukan Ibu Bapa kita.
Bukan juga Kawan-kawan kita

Tapi KITA.....

Friday, July 23, 2010

KECEWA DENGAN SIFAT-SIFAT ORANG MELAYU.

Perlukan knowledge yang penuh di dada untuk tulis penulisan ilmiah, takut tak cukup knowledge itu yang tak start2 lagi nak tulis nie.

Rasa ada banyak benda nak tulis.. tapi terpaksa pendam kan dulu je laah buat seketika.. Baca blog-blog orang lain ada yang dok kondem blog orang lain je.. Bosan toi.. Macam laa dia bagus sangat. YANG SORANG RASA PAKAR INSURANS.. YANG SORANG LAGI RASA PAKAR TAKAFUL. Bagi aku MASING-MASING ADA KELEBIHAN MASING-MASING. Tak perlulah nak memburukkan siapa-siapa pon. Buat kerja masing-masing dah lah.

AKU KECEWA..! DENGAN SIFAT-SIFAT ORANG MELAYU.

Setakat amik exam takaful. Nak komen pasal Unit Trust. Tolong laaa.. Aku pon dah amik laaa exam takaful. Before 2010, exam takaful ni KASI TEST SAMPAI LULUS, EXAM KAT UMAH GUNA CD je.. AKU PON TOLONG BUATKAN UNTUK 3ORANG KAWAN AKU. SEMUANYA LULUS DENGAN CEMERLANG.

Setakat exam kat Malaysia ni.

Tak usah lah kite nak belagak. Yang PALING AKU SEDIH. ORANG MELAYU DOK MEMBURUKKAN ORANG MELAYU SENDIRI. Sedangkan orang CINA bersatu hati membantu SESAMA CINA.

Banyak benda nak FIKIR if nak cakap pasal HALAL HARAM ni.

Dok cari salah orang je tak HARAM ke..?

Monday, July 19, 2010

huh..layan nafsu jap laaaa..

terpakse lupe abang Azizi Ali seketika..
huhu..

i nak layan nafsu jap.. sebab dah lame sangat tak usya-usya kete.
asyik layan rumah je..


oh tidak... myVi pink limited edition.. mengugat hati ku..

walaupon enjin mu toyota.. ramai cina pakai..
tapi.. aku dah ada seEkor Kancil.
tak kan nak cari produa lagi..


Cik Honda City baru ni cun gak..


ok.. bye..
habis dah sesi layan nafsu..

hidup mesti realistik.

tunggu....

jeng..jeng..jeng.

Thursday, July 8, 2010

Malaysia..MALAYSIA..!

Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/07/08

Penggiat sektor pendidikan rayu kementerian kaji mendalam

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.

Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.

Seorang perunding pendidikan yang terbabit dalam rangkaian perniagaan menyediakan khidmat tutor dan menguruskan pendaftaran lesen bagi pusat tuisyen, mengakui kebimbangan memang ketara sedang melanda industri berkaitan berikutan cadangan kementerian untuk memansuhkan UPSR serta PMR.

Perniagaan dalam industri pendidikan ini adalah amat besar dan saling berangkai dengan membabitkan banyak pihak. Cadangan itu bukan saja akan memberi kesan terhadap pihak syarikat, tutor dan guru, malah rezeki penulis buku ulang kaji atau soalan latihan bagi peperiksaan berkenaan juga terjejas.

Bagaimana pula dengan timbunan stok buku ulang kaji UPSR dan PMR yang sedia ada dalam pasaran sekiranya cadangan itu dilaksanakan serta-merta atau dalam waktu terdekat?

Justeru, kami selaku penggiat dalam sektor industri ini amat berharap supaya semua pihak yang menyertai perbincangan meja bulat diadakan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi, akan meneliti dan menimbang secara mendalam dari setiap aspek sebelum menetapkan sebarang keputusan muktamad, kata perunding itu yang enggan namanya didedahkan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Berikutan itu, kementerian akan mengadakan rundingan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan di mana rumusannya akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, awal bulan depan.

Laporan akhbar Oktober lalu memetik Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sebagai berkata, seramai 202,327 pelajar mengikuti tuisyen untuk UPSR, PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 2,487 pusat tuisyen berdaftar pada 2008.

Seterusnya, perunding itu mendakwa, ramai ibu bapa yang berjumpa dengannya turut membantah cadangan berkenaan kerana menyifatkan dua peperiksaan awam terbabit secara tidak langsung berperanan mendidik sikap anak mereka untuk lebih berdisiplin dan bekerja keras dalam pembelajaran demi mencapai kecemerlangan.

Tambahan pula, sistem pendidikan negara sudah terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi selama ini, malah sebilangan daripadanya sudah pun menjadi tokoh atau pemimpin disegani dalam sektor masing-masing, katanya. Copy from Library BERITA HARIAN

salam.

Apa alasan sebenar di sebalik keputusan persoalan ini..?

1. murid2 kat MALAYSIA ni dah pandai2 ke? or
2. kerajaan nak jimatkan kos PERBELANJAAN PENYEDIAAN PEPERIKSAAN?

aku sangat musykil.

If nk jumatkan kos. TAK PERLU LAH BINA BANGUNAN BERTARAF DUNIA yang rakyat langsung tidak berpeluang menggunakkannya, dan terpaksa mengambil hak ANAK-ANAK PEJUANG BANGSA depan.

yang paling KECEWA setiap kali tukar MENTERI MESTI NK TUKAR ITU INI.. bukan je CIKGU PENING, MURID pon pening. Dan lagi 1 yg perlu di ingatkan kepada BAPAK2 DI JABATAN PERDANA MENTERI. MURID sekarang lagi suka belajar di PUSAT TUISYEN dari belajar di sekolah. BUKAN SEBAB CIKGU TAK PANDAI MENGAJAR. Tetapi cikgu TAK SEMPAT NK BERI PERHATIAN 1-1, dengan masa 30-45minit 1subjek sehari, dengan jumlah pelajar 35-45org 1kelas. BILA MASA NK BAGI NOTA, BILA MASA NAK SOAL SORANG2...? lebih kurang 1MINIT=1PELAJAR. Mari turun jadi pengajar.. Baru tahu..! Murid sekarang sangat berbeza dengan murid dulu..! Murid skrg terlalu mua, rotan tak boleh, jeling pon tak boleh..So mereka terpaksa nak tak nak pergi PUSAT TUISYEN kalau malas study sendiri.

-suara aku- bukan ke Malaysia negara DEMOKRASI, rakyat berhak berSUARA..?

hahaha.. Berita harian tak suke komen aku.. 1Malaysia tak bagi kot. Kene tapis daa..

Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. Ada aku kisah..!