Tuesday, August 10, 2010

Khasiat Kurma

Buah Kurma (Phonex Dactylifera )


Buah Kurma (Tamar). adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan.Rasa buah kurma segar cukup enak ,ranggup kerana biasanya buah ini disejukkan untuk mengelakkannya daripada rosak.

Buah Kurma mempunyai banyak gred dan berbagai panggilan.Sewaktu di Maddinah saya lebih suka makan kurma nabi.Warnanya agak hitam dan buahnya lebih kecil daripada yang lain dan agak bulat sedikit.Harganya jauh lebih mahal berbanding dengan jenis kurma yang lain.DBuah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, sodium, vitamin A dan C, fosforus, potasium dan juga mengandungi sejenis bahan protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Jika dibiarkan, tindak balas itu akan menyebabkan pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang tercatit didalam Al-Quran. Buah kurma sangat sesuai untuk wanita waktu kehamilan atau selepas kelahiran memandangkan buah ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan gegarlah ke arahmu pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya:
"Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam binti Imran ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar".

No comments: